PENGENALAN
Sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemah, kita mestilah mematuhi semua peraturan jalan raya. Adakah anda tahu bahawa pengguna jalan raya pada masa kini sering tidak mematuhi atau tidak mengendahkan papan tanda jalan raya? Sepatutnya, perkara ini tidak boleh berlaku kerana pada mulanya seseorang individu perlu melepasi ujian tentang peraturan jalan raya, barulah individu tersebut mendapat lesen. Menurut Jabatan Keselamatan Jalan Raya, statistik bagi kematian di jalan raya untuk 100 ribu penduduk semakin meningkat. Oleh yang demikian, saya akan menerangkan kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya supaya kita tidak lagi sewenang-wenangnya melanggar peraturan jalan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan